Bernadya pilih Sabah, Kuala Lumpur untuk konsert jelajah 2025

KOTA KINABALU – Sabah menjadi pilihan lokasi konsert jelajah penyanyi berbakat Indonesia, Bernadya, selain Kuala Lumpur pada tahun ini.

Konsert Untungnya, Untungnya Malaysia Tour 2025 bakal berlangsung pada 13 Julai di Zepp, Kuala Lumpur dan 19 Julai di KDCA Hall, Penampang.

Bernadya dalam kenyataan media pada baru- baru ini meluahkan rasa keterujaannya untuk kembali ke Malaysia menerusi jelajah Untungnya, Untungnya itu.

“Saya sangat gembira dapat kembali ke Malaysia kerana Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati saya.

“Semoga jelajah ini menjadi satu acara untuk menghargai setiap rezeki, sama ada kecil atau besar yang sering kita terlepas pandang,” katanya.

Sementara itu, Adryanto Pratono dari JUNI Concert selaku co-promoter berkata, konsert terbaharu ini merupakan kali kedua pihaknya dan Bernadya datang ke Malaysia.

Menurutnya, konsert sebelum ini mendapat sambutan meriah dan kali ini, dengan kerjasama Sembang Kari Entertainment, mereka memilih lokasi yang mempunyai kapasiti lebih besar.

Untungnya, Untungnya Malaysia Tour 2025 juga bakal menyaksikan kolaborasi Bernadya bersama Adrian Khalif.

Orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan konsert ini boleh membeli tiket di www.myticketempire.com.

Related Posts

Wisma Putra sah kematian Nadia Kesuma

PUTRAJAYA – Wisma Putra mengesahkan pelakon, Nadiah Kasumawati atau lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma meninggal dunia, namun tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk punca kematiannya. Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lirik lagu berunsur lucah perlu dihentikan

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menegur pengkarya yang menghasilkan lirik lagu yang mengandungi unsur lucah, tidak senonoh. Katanya, perkara itu bercanggah dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri