Selaras bantuan untuk Putra Heights melalui MB Selangor, Petronas

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua bantuan dan usaha koordinasi membabitkan kebakaran di Putra Heights diselaraskan secara langsung dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Petronas.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, langkah itu bagi memastikan segala gerak kerja terkait pengurusan bantuan di lapangan dapat dibuat dengan teratur dan lebih berkesan.

Katanya, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sektor industri amat penting dalam menangani situasi ini dengan segera dan menyeluruh.

“Segala bentuk bantuan dan usaha koordinasi terkait insiden kebakaran di Putra Heights perlu diselaraskan secara langsung dengan Menteri Besar Selangor dan pihak Petronas diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz,” kata kenyataan itu.

Katanya, Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan semasa dan memberi sokongan serta dukungan penuh terhadap segala usaha pemulihan dan keselamatan yang sedang dilaksanakan.

Kejadian kebakaran besar membabitkan saluran gas Petronas pada jam 8.10 pagi Selasa lalu, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius sehingga mengubah landskap kawasan itu kepada sebuah kawah besar pada kedalaman 32 kaki berkeluasan kira-kira 70×80 kaki, selain memusnahkan deretan kediaman dan harta benda dalam lingkungan radius 500 meter dari lokasi insiden.

Sebanyak 235 premis terjejas akibat kebakaran itu dengan 87 terbakar sepenuhnya dan 148 rosak.

Kira-kira 400 kenderaan turut terjejas, iaitu 225 hangus dan 174 rosak.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy