Pesta Benak 2025: Raja Sungai bakal bawa pulang RM25,000, ribuan pengunjung rancakkan ekonomi Sri Aman

SRI AMAN – Sebanyak 22 pasukan bakal berentap dalam acara regatta sempena penganjuran Pesta Benak 2025 bagi merebut gelaran Raja Sungai Batang Lupar seterusnya membawa pulang ganjaran RM25,000.00.

Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh berkata, Pesta Benak tahun ini merupakan edisi yang ke-22 penganjurannya dan telah menarik minat lebih 20 buah pasukan dari dalam dan luar Sri Aman untuk menyertai regatta kali ini.

“Selain terdapat 22 pasukan yang bakal berentap merebut gelaran Raja Sungai Batang Lupar, kita juga memiliki kira-kira 609 lot penjaja sepanjang Pesta Benak 2025 berlangsung”, katanya ketika berucap dalam Majlis ‘Soft Launching’ Pesta Benak Edisi Ke-22, di Tebingan Sri Aman, pada Jumaat.

“Tahun lepas kita hanya memiliki 300 lot penjaja dan usahawan ketika penganjuran Pesta Benak. Namun pada tahun ini kita menerima permintaan yang sangat tinggi daripada para usahawan khususnya dari Sri Aman. Jadi, kita buka permohonan yang lebih luas kepada para peniaga dari dalam dan luar Sri Aman untuk meningkatkan pendapatan masing-masing”, ujar beliau.

Beliau turut memberitahu bahawa terdapat 10 aktiviti dan program yang telah dirangka sepanjang penganjuran Pesta Benak 2025 ini. Antaranya adalah Benak Road Trail-Run, Regatta Benak Batang Lupar, Miss Tourism Benak, pameran, pentas perpaduan, pentas kebudayaan, dan Festival Gendang Sarawak 2025.

Pesta Benak merupakan acara ikonik tahunan Sarawak yang dijangka menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara bagi menyaksikan fenomena ombak benak di Sungai Batang Lupar, selain pelbagai acara sukan air, kebudayaan dan jualan rakyat.

“Benak” adalah merupakan satu istilah tempatan bagi orang Sarawak amnya di Bahagian Sri Aman bagi kejadian air pasang yang berlaku dengan alunan berombak.

Kejadian ini adalah merupakan satu fenomena yang berlaku apabila keadaan muara sungai yang luas dan dasar yang cetek, membentuk struktur ombak atau gelombang yang beralun dengan laju menuju ke hulu sungai apabila tiba air pasang terjadi dan dari situlah fenomena benak ini berlaku.

Foto: Pejabat Residen Bahagian Sri Aman

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar