Pelancongan domestik melonjak bukti kejayaan Kerajaan MADANI

SEKTOR pelancongan domestik sekali lagi membuktikan kekuatan dasar Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila statistik suku kedua 2025 menunjukkan pertumbuhan positif yang konsisten.

Menurut laporan rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sebanyak 73.8 juta pelawat domestik direkodkan, meningkat 5.8 peratus berbanding suku pertama tahun ini.

Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu, kenaikan lebih besar iaitu 7.8 peratus direkodkan satu pencapaian yang jelas hasil strategi kerajaan memperkukuh ekonomi rakyat melalui sektor pelancongan.

Pelancong domestik bertambah, keyakinan rakyat kembali

Kerajaan Perpaduan tidak hanya berjaya meningkatkan bilangan pelawat, malah 27.4 juta pelancong domestik direkodkan pada suku kedua 2025. Angka ini melonjak 8.7 peratus berbanding awal tahun.

Peningkatan ini adalah bukti bahawa rakyat semakin yakin untuk berbelanja dan melancong dalam negara, sekaligus menggerakkan ekonomi setempat di seluruh pelosok negeri.

Di bawah gagasan Malaysia MADANI, inisiatif promosi pelancongan dalam negeri, penambahbaikan infrastruktur, dan pengukuhan jaringan pengangkutan awam jelas memberi impak langsung kepada lonjakan sektor ini.

Perbelanjaan RM29.2 bilion – Sumbangan besar kepada ekonomi negara

Lebih membanggakan, jumlah perbelanjaan pelancong domestik mencapai RM29.2 bilion, meningkat 3.8 peratus berbanding tahun lalu.

Angka ini membuktikan rakyat bukan sahaja melancong, tetapi turut menyumbang kepada ekonomi tempatan melalui perbelanjaan di hotel, restoran, pengangkutan, dan aktiviti pelancongan lain.

Walaupun mencatat sedikit penurunan berbanding suku pertama (-0.6%), trend tahun-ke-tahun kekal positif. Ini sekaligus menepis tohmahan pembangkang yang mendakwa rakyat tertekan dan tidak mampu berbelanja.

Hakikatnya, dasar-dasar ekonomi kerajaan pusat memberi ruang kepada rakyat untuk terus menikmati kehidupan berkualiti.

Bukti dasar Kerajaan Pusat lebih berkesan

Pencapaian ini tidak boleh dinafikan adalah hasil keberkesanan dasar Kerajaan Persekutuan. Berbeza dengan negeri-negeri pembangkang yang masih gagal menjana sektor pelancongan secara mapan, Kerajaan Perpaduan berjaya membina rangkaian dasar yang inklusif, adil, dan memberi peluang sama rata kepada semua rakyat Malaysia.

Kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang hanya menumpang hasil usaha pusat, tetapi sering cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa ia datang daripada dasar mereka. Hakikatnya, tanpa dasar Malaysia MADANI, tiada lonjakan seperti yang kita lihat pada hari ini

Prestasi pelancongan domestik pada suku kedua 2025 adalah bukti nyata bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan PMX sedang membawa Malaysia ke arah ekonomi lebih kukuh dan rakyat lebih sejahtera.

Lonjakan pelawat, pertambahan pelancong dan peningkatan perbelanjaan jelas menunjukkan bahawa rakyat menikmati hasil pentadbiran yang stabil, telus, dan berpaksikan kepentingan bersama.

Kerajaan Perpaduan terus membuktikan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan, tetapi realiti yang dirasai oleh rakyat.

Related Posts

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, keupayaan kerajaan mengawal rantaian bekalan domestik terus menjadi penentu kepada kestabilan negara. Pelaksanaan Ops Tiris oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat sebagai respons…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter