Pesara rugi lebih RM600,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

JOHOR BAHRU – Seorang pesara kerugian sehingga RM655,109 selepas terpedaya dengan sebuah tawaran pelaburan tidak wujud yang diterimanya melalui aplikasi WhatsApp pada Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, warga emas berusia 73 tahun itu tertarik dengan pelaburan dalam talian berkenaan ekoran menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 90 peratus daripada jumlah modal dilaburkan.

“Pada 26 Jun lalu, mangsa pertama kali menerima pautan WhatsApp daripada penama Tan Teng Boo yang menawarkan keuntungan tinggi sekiranya membuat pelaburan bersama mereka.

“Tertarik dengan keuntungan besar dijanjikan, mangsa kemudian bersetuju membuat pelaburan lalu membuat sembilan transaksi ke lima akaun bank bermula 2 Julai hingga 30 Julai lalu dengan jumlah keseluruhan RM655,109.80.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila tidak berjaya mengeluarkan duit keuntungan yang dipaparkan di pautan sebelum dimaklumkan oleh suspek bahawa akaun berkenaan disekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudia membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Siasatan akan dibuat meliputi pembabitan keldai akaun jika ada, dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terbabit,” katanya.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis