Polis berkas dua penagih, rampas 5.33 gram syabu di Tawau



TAWAU – Polis berjaya memberkas dua penagih lelaki dan merampas 5.33 gram syabu dalam dua tangkapan berbeza di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, tangkapan pertama dibuat ke atas seorang buruh warga tempatan berumur 38 tahun di kediamannya di Balung kira-kira pukul 12.40 tengah hari, pada Isnin.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tawau telah menemui dua peket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 5.33 gram”, katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Polis Daerah Tawau, hari ini.

Menurut ACP Jasmin, tangkapan kedua dibuat ke atas seorang lelaki warga asing berumur 38 tahun di Kampung Titingan, semalam.

“Suspek yang kelihatan mencurigakan itu ditahan kira-kira pukul 11.45 pagi semasa anggota polis sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan pentadbiran Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif syabu,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tegas ACP Jasmin, pihaknya kini giat mengesan rangkaian pengedaran dadah di daerah ini selain tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah dan dadah.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti