Peruntukan pembangkang: PN akan buat keputusan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan buat keputusan dalam masa terdekat berkait draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan kepada pembangkang yang akan diumum oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagaimanapun memberitahu, pembangkang diberikan ‘gag order’ supaya tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai MoU berkenaan.

Ahli Parlimen Machang itu juga malah menzahirkan rasa ‘tidak gembira’ dengan perkembangan terkini berkait draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan kepada pembangkang.

“Saya sudah diberikan ‘gag order’ untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai MoU dan kita akan buat sidang media berhubung hal berkenaan.

“Kalau tanya saya, saya tidak gembira dan saya sudah berikan penjelasan dalam kenyataan saya sebelum ini dua minggu lepas dan saya tidak rasa kerajaan ini ikhlas nak bantu rakyat yang susah di kawasan saya,” katanya ketika sidang media pada Selasa.

Sebelum ini, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, tujuh syarat keseluruhannya digariskan di bawah draf MoU Mengenai Peruntukan Pembangkang yang diterima beliau pada 6 Ogos lalu, yang perlu dipenuhi ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan seperti dituntut.

Antara syarat itu termasuk pengisytiharan harta, sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen Ke-15 dan perkara berkaitan bangsa, agama dan Raja-Raja (3R).

Related Posts

DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

KULAI – DAP bersedia menjalinkan kerjasama utuh kepada mana-mana pemimpin PKR meskipun individu berkenaan merupakan muka baharu dalam jawatan berkenaan. Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata, ia sebagai bukti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR

PERSAINGAN bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menjadi semakin hangat apabila dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan, menyatakan pandangan bahawa Nurul Izzah Anwar adalah calon utama yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kaamatan bukan sekadar warisan, tapi pemacu ekonomi dan perpaduan Sabah

Kaamatan bukan sekadar warisan, tapi pemacu ekonomi dan perpaduan Sabah

Kerajaan Negeri rangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah

  • By Ynom
  • May 17, 2025
Kerajaan Negeri rangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah

SMK Saribas terima manfaat projek sekolah daif luar bandar

SMK Saribas terima manfaat projek sekolah daif luar bandar

Keupayaan ilmu bantuan kecemasan penting selamatkan nyawa

Keupayaan ilmu bantuan kecemasan penting selamatkan nyawa

DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

  • By Suri
  • May 17, 2025
DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta

  • By Suri
  • May 17, 2025
Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta