Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

PUTRAJAYA – Bursa Malaysia yang susut selama enam hari berturut-turut, mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi susulan aktiviti belian dan sentimen positif merentasi pasaran utama Asia, dipacu data ekonomi China lebih kukuh selain keuntungan Wall Street.

Pada jam 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.86 mata atau 0.54 peratus kepada 1,660.35 berbanding 1,651.49 pada akhir dagangan semalam.

Indeks itu dibuka susut 2.31 mata pada 1,653.80 dan bergerak turun naik dalam julat 1,649.53 hingga 1,661.09 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Pasaran secara meluas bercampur-campur dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 501 berbanding 479 manakala 520 lain tidak berubah, 955 tidak didagangkan dan enam digantung dagangannya.

Jumlah dagangan susut kepada 3.05 bilion unit bernilai RM3.78 bilion daripada 3.38 bilion unit bernilai RM3.85 bilion, semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, data ekonomi China yang positif serta keuntungan diraih Wall Street mempengaruhi dagangan hari ini apabila eksport China meningkat 8.7 peratus manakala import naik 0.5 peratus pada Ogos yang mengatasi unjuran masing-masing pada 6.5 peratus dan 2.0 peratus.

“Walaupun keadaan pasaran bertambah baik, kami kekal optimis namun berhati-hati terhadap (prospek) pasaran tempatan berikutan jumlah dagangan berkurangan serta jangkaan pelabur yang berubah.

“Kami menjangkakan FBM KLCI menyaksikan urus niaga mendatar dalam julat 1,650-1,670 sehinggalah terdapat petunjuk jelas dan pasti mengenai pengurangan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS),” katanya seperti dilapor Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata prestasi Bursa Malaysia juga memaparkan pemulihan Wall Street, didorong aktiviti memburu saham berharga rendah menjelang pengumuman mengenai data utama inflasi.

“Bagaimanapun, Indeks Modal Kecil bursa terus susut untuk satu lagi sesi.

“Ia susulan pemulihan saham teknologi Amerika Syarikat (AS), kami menjangkakan pelabur akan mencari peluang dalam jualan saham berkenaan yang berlebihan di peringkat tempatan,” katanya.

Related Posts

Suria Capital nafi kaitan dengan Suria Sabah Mall, kawal penuh operasi JPFT

KOTA KINABALU – Suria Capital Holdings Berhad menafikan sebarang kaitan dengan pusat beli-belah Suria Sabah Mall, susulan kekeliruan yang timbul dalam laporan media baru-baru ini berhubung operasi Terminal Feri Jesselton…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCCC Sabah teroka peluang industri halal, sasar pelaburan strategik BIMP-EAGA

LAHAD DATU – Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Sabah meneroka peluang kerjasama dalam industri halal serta menilai potensi integrasi serantau yang ditawarkan oleh Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA). Presiden MCCC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM