Manfaatkan kemudahan disedia kerajaan, jangan terbiar begitu saja

SIBURAN – Masyarakat diminta agar memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk aktiviti-aktiviti riadah supaya tidak terbiar begitu sahaja.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menjelaskan kemudahan yang disediakan memerlukan bajet yang besar selari dengan permintaan rakyat.

“Pihak kerajaan telah berusaha menyediakan pelbagai kemudahan dengan mengeluarkan peruntukan besar untuk memenuhi permintaan rakyat,” katanya.

Beliau menzahirkan rasa kecewa apabila melihat kemudahan sukan seperti gelanggang futsal tidak digunakan dan kelihatan terbiar tanpa diselenggara dengan baik.

Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, mencadangkan supaya Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) serta persatuan yang berkaitan digalakkan untuk menganjurkan pertandingan futsal bagi menarik minat anak-anak muda menyertai aktiviti sukan ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutupan pertandingan futsal Piala Datuk Seri Roland Sagah di sini, pada Ahad.

Pada majlis tersebut, beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Keputusan pertandingan menyaksikan Pasukan Double X dinobatkan sebagai juara. Gelaran naib johan disandang oleh Pasukan SB Soccer. Sementara itu, pasukan SLV24 FT di tempat ketiga daripada 16 pasukan yang bertanding edisi kali ini.

Turut hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Damen Rejek dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Serian, Neuchlos Jub.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi