KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya mengutip dan melupuskan enam tan sampah di Kampung (Kg) Sembulan pada Rabu.
Menurut DBKK menerusi siaran yang dimuat naik di Facebooknya, pihaknya komited meneruskan inisiatif pembersihan Kg Sembulan.
“DBKK berganding bahu dengan penduduk kampung bagi menjayakan inisiatif pembersihan Kg Sembulan.
“Sebanyak tiga unit jentera telah digerakkan untuk menjalankan kerja-kerja pengutipan sampah di sekitar kawasan kampung.
“Secara keseluruhannya, sebanyak enam tan sampah telah berjaya dikutip dan dilupuskan,” kata siaran itu.
Kongsinya, seramai 65 anggota Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK terlibat dalam aktiviti pembersihan itu.







