Persaudaraan Malaysia-Indonesia kukuh di tengah cabaran Ambalat – Nizam

TAWAU – Penganjuran Festival Budaya Malindo disifatkan antara bukti kukuh hubungan persaudaraan serta perpaduan antara Malaysia dan Indonesia walaupun wujud isu seperti tuntutan Ambalat yang melibatkan kedaulatan negara. 

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, isu Ambalat tidak menjadi faktor yang mengakibatkan boleh merenggangkan kedua-dua negara. 

“Seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia dan Indonesia adalah dua negara yang sentiasa berkongsi atas apa juga kebudayaan, perdagangan dan semestinya sebarang isu membabitkan kedaulatan negara akan diselesaikan dengan baik. 

“Sudah pasti program seumpama ini merealisasikan silaturrahim hasrat dua negara yang serumpun agar kekal bersatu, harmoni dan sejahtera,” katanya kepada media selepas merasmikan Festival Budaya Malindo 2025, di Dewan Masyarakat Tawau, pada Sabtu. 

Sementara itu, Konsul Republik Indonesia (RI) Tawau, Aris Heru Utomo menyifatkan festival sebagai inisiatif luar biasa kerana digerakkan oleh masyarakat, bukan semata-mata melalui saluran rasmi kerajaan.

“Seni dan budaya mampu meningkatkan pemahaman antara kedua-dua negara serta mengurangkan perbezaan politik yang sering berlaku di peringkat elit.

“Terdapat mekanisme Sosioekonomi (SOSEK) Malindo yang setiap tahun membincangkan dan merancang aktiviti bersama dan festival ini adalah salah satu bentuk pelaksanaan daripada hasil perbincangan SOSEK Malindo.

“Kami melihat ia memberi impak positif kepada hubungan rakyat kedua-dua negara,” jelasnya.

Pada festival itu, lebih 20 reruai yang menjual produk makanan dan kraftangan kedua-dua negara selain persembahan serta peragaan pakaian etnik budaya Malaysia dan Indonesia.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO