Kejayaan diplomasi Malaysia perkukuh imej Anwar

KEMUNCULAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengantara konflik Thailand-Kemboja menandakan satu lagi kejayaan diplomasi Malaysia di pentas antarabangsa.

Peranan beliau sebagai Pengerusi ASEAN bukan sekadar simbolik, malah membuahkan hasil nyata apabila kedua-dua negara bersetuju menghentikan pertempuran di sempadan yang sekian lama bergolak.

Kejayaan ini dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) yang diadakan di Malaysia.

Hakikat bahawa Bangkok dan Phnom Penh sanggup duduk semeja di Kuala Lumpur menunjukkan keyakinan mereka terhadap kebolehan Malaysia sebagai orang tengah yang berkecuali dan adil.

Bagi penduduk di kawasan sempadan, gencatan senjata ini membawa kelegaan besar.

Pertumpahan darah yang berlarutan bukan sahaja meragut nyawa, malah mengancam ekonomi tempatan serta hubungan dua hala.

Bagi rantau ASEAN pula, perkembangan ini mengelakkan ketegangan yang boleh mencetuskan krisis serantau.

Dari sudut geopolitik, pengiktirafan daripada pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden China, Xi Jinping, terhadap peranan Anwar adalah signifikan. Ia memperkukuh imej Malaysia sebagai pemain penting dalam diplomasi global.

Malah, kehadiran kedua-dua pemimpin itu pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, Oktober ini, dijangka memberi peluang baharu untuk memacu dialog damai pada skala lebih luas.

Namun, kejayaan ini juga mengundang persoalan mengenai persepsi dalam negara. Walaupun di peringkat antarabangsa Anwar mendapat pujian, masih ada segelintir pihak di tanah air yang mempersoalkan kepimpinannya.

Ironinya, dunia melihatnya sebagai tokoh diplomatik berwibawa, tetapi sebahagian rakyat sendiri enggan mengiktiraf sumbangan tersebut.

Diplomasi bukan sekadar soal menyelesaikan pertikaian, tetapi juga membina keyakinan dan memelihara kestabilan.

Dalam hal ini, Anwar menunjukkan bahawa Malaysia, walaupun negara bersaiz sederhana, mampu menjadi penggerak penting di rantau ini.

Seperti yang terbukti di meja rundingan Thailand-Kemboja, peranan seorang pemimpin dalam menukar senjata kepada salam perdamaian tidak ternilai harganya.

Nah! Sekarang jelas nama Malaysia sudah terukir di bibir pemimpin dunia yang mula hormat dan kagum dengan ketokohan Anwar.

Tetapi malangnya di dalam negara masih ada lagi rakyat yang tidak dapat menerima ketokohan beliau hingga tergamak membawa naratif dengan melemparkan fitnah serta mencacinya seperti binatang.

Bagi mereka tiada sebarang keistimewaan yang ada pada Anwar hingga dikatakan gagal membawa Malaysia ke arah kemajuan malah turut dikatakan zalim.

Sepatutnya rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan lahirnya seorang pemimpin yang berjiwa besar itu malah turut memberi sokongan sepenuhnya bagi membawa Malaysia ke arah negara maju pada masa akan datang.

Akhir kata, penulis ingin bertanya mampukah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan seperti Anwar?

Related Posts

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

DALAM suasana politik negara yang semakin mencabar, rakyat hari ini semakin matang menilai antara perjuangan sebenar demi kestabilan negara dengan retorik politik yang hanya menanam kebencian dan perpecahan sesama umat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi

PERTEMUAN Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lalu seharusnya dilihat dalam kerangka tugas rasmi, bukannya dijadikan bahan spekulasi yang mengelirukan masyarakat awam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO