Perpaduan kunci kemakmuran negara – PM Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pengukuhan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum perlu sentiasa diperkasakan kerana ia merupakan asas kepada keamanan dan kemakmuran negara.

Anwar berkata, perpaduan merupakan tonggak utama. Ia bukan sekadar menjamin keamanan, tetapi juga menjamin pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 di sebuah hotel di Johor Bahru, hari ini.

Program berkenaan berlangsung sejak 8 September lalu dan berakhir hari ini.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut mengecam tindakan biadab rejim Zionis Israel yang semakin agresif apabila melancarkan serangan ke atas enam negara dengan sokongan terbuka kuasa besar dunia.

“Tindakan itu jelas membuktikan betapa zalim, agresif dan tidak berperikemanusiaannya rejim Zionis,” tegasnya.

Sepanjang enam hari penganjuran, sebanyak 2,400 peserta daripada 20 agensi agama seluruh negara menyertai pelbagai program yang berlangsung di sekitar Johor Bahru.

Antara agensi yang terbabit ialah jabatan serta agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) serta agensi lain.

Selain kejohanan sukan yang menjadi acara utama, turut dianjurkan konvensyen pengurusan hal ehwal Islam, seminar halal serantau, program Semarak Subuh dan larian santai (fun run).

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16