Permohonan lengkap SKDS akan diluluskan serta-merta

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memberikan kelulusan serta-merta bagi permohonan lengkap Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali meminta syarikat yang layak, meliputi 33 jenis pengangkutan darat awam dan barangan supaya membuat permohonan segera.

Beliau berkata, proses permohonan adalah mudah dan cepat kerana syarikat hanya perlu mengisi maklumat terhad dan pengesahan boleh dibuat segera melalui integrasi dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Surat kelulusan akan dikeluarkan serta-merta untuk membolehkan syarikat pengangkutan yang berjaya terus membuat permohonan fleet card kepada syarikat minyak pilihan melalui sistem yang sama.

“Selaras dengan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), bayaran tuntutan balik akan dilaksanakan bermula Julai ini untuk mereka yang mendaftar dan mendapat kelulusan SKDS sehingga 30 Jun sahaja.

“Prosedur permohonan tuntutan dan tatacara pembayaran balik akan dimaklumkan oleh MOF dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Armizan turut memberi amaran kepada mana-mana syarikat yang diluluskan SKDS agar tidak menyalah gunakan fleet card yang diberikan.

“Sekiranya berlaku penyalahgunaan fleet card oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, KPDN tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik kelulusan fleet card kenderaan terbabit,” katanya.

Katanya, setakat jam  8 pagi Ahad,  jumlah kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang diluluskan subsidi diesel di bawah SKDS ialah sebanyak 226,957 melibatkan 75,541 syarikat.

“KPDN juga sedang menyelaraskan rayuan sektor pengangkutan tertentu yang ingin menyertai SKDS untuk dibawa kepada Jawatankuasa Rayuan dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan mesyuarat Jemaah Menteri.

“Kementerian juga ingin menegaskan agar semua peniaga terutama kepada mereka yang menerima kemudahan subsidi diesel melalui fleet card tidak menaikkan harga dengan memberikan alasan penetapan harga diesel baharu sebagai punca kenaikan harga barangan atau perkhidmatan mereka,” tambahnya. 

Related Posts

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PUTRAJAYA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat merentasi perbezaan politik. Timbalan Naib Canselor Akademik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan bagi mana-mana kuasa luar untuk mengambil alih kawalan Selat Melaka kerana laluan perairan strategik itu kekal aman serta mampu diuruskan sepenuhnya oleh negara serantau. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar