Perkasakan HEP kekang jenayah pelajar IPT – Zambry

KANGAR – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di setiap universiti di negara ini perlu diperkuatkan untuk mengekang pelanggaran undang-undang dan jenayah dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Kadir berkata, pihak universiti dan kementerian akan segera bertindak untuk mengelakkan kejadian berkaitan jenayah berulang, terutama melibatkan pelajar.

“Pihak universiti dan kementerian tidak akan berdiam diri dalam isu jenayah. Kita perlu pastikan aspek disiplin di kampus diberi perhatian serius,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas pertanyaan wartawan mengenai kemerosotan disiplin serta penglibatan mahasiswa dalam kes jenayah seperti buli dan pengedaran dadah di Perak, baru-baru ini.

Media sebelum ini melaporkan empat pelajar sebuah IPT ditahan polis di Seri Iskandar, Perak kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah jenis ganja.

Menurut Zambry, peranan HEP wajar diperkasakan melengkapkan laporan di peringkat universiti dan kementerian selain menyerahkan sebarang salah laku jenayah kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Segala kes melibatkan pelajar akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang dan kita di universiti akan memastikan susulan dilakukan,” katanya.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan