Kerajaan Pahang sedia bantu SPRM siasat kes seludup keluar bahan mineral

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah, yang disyaki dilindungi pegawai sebuah agensi di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan tindakan itu kerana ia melibatkan kecurian hasil kerajaan.

Katanya, kegiatan memunggah keluar hasil galian secara haram oleh pihak tertentu menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil.

“Sebab itu memang dari dulu kita sentiasa beri kerjasama malahan mereka yang dikesan terlibat kesalahan mencuri mineral dan aktiviti haram di negeri ini bukan saja kena kompaun malah diheret ke mahkamah.

“Ini menunjukkan kita serius dalam menangani isu ini malah melalui tindakan oleh SPRM itu, ia dapat membantu meminimumkan atau menghapuskan kegiatan yang membawa kepada ketirisan hasil kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Anggun Suri di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, kejayaan kerajaan negeri menguruskan ketirisan antara faktor Pahang mampu mencapai kutipan hasil melebihi RM1 billion tiga tahun berturut-turut.

SPRM sebelum ini dilaporkan menggempur kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sekitar daerah Kuantan, yang disyaki dilindungi pegawai sebuah agensi di bawah kerajaan Pahang sejak tahun 2022.

Dalam serbuan dijalankan Bahagian Perisikan SPRM di sekitar Bukit Goh, kelmarin, tiga individu membabitkan dua pemilik syarikat dan seorang pegawai agensi terbabit ditahan kerana dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan itu.

Related Posts

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

TAWAU – Satu inisiatif pelancongan berskala besar bakal direalisasikan di daerah ini menerusi pembinaan Pusat Konservasi Gajah (Elephant Sanctuary). Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Dr Andi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun