Karnival Sihat Milik Semua platform bina budaya hidup sihat di Perlis

KANGAR – Penganjuran Karnival Sihat Milik Semua 2025 di Perlis disifatkan sebagai usaha berstruktur membina masyarakat yang benar-benar menghargai nilai hidup sihat dan sejahtera.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, program sedemikian mampu meningkatkan kesedaran literasi kesihatan selain memperkukuh agenda Perlis Sihat Sejahtera melalui penglibatan menyeluruh pelbagai pihak.

“Penganjuran program seperti ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran literasi kesihatan, tetapi juga membina budaya masyarakat yang benar-benar menghargai nilai hidup sihat.

“Dengan adanya kerjasama antara agensi dan komuniti, kita dapat membimbing masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan,” titah baginda ketika merasmikan karnival itu di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Baginda bertitah, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis turut melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk saringan kesihatan percuma menerusi Program Kayuhan MAIPs Peduli sebagai prasyarat penerima bantuan, bagi mengesan status kesihatan dan memulakan rawatan awal.

Titah baginda, inisiatif tersebut penting kerana kesihatan adalah aset bernilai yang mesti dijaga dengan baik sepanjang hayat.

Karnival anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dengan sokongan Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis itu turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad serta pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Related Posts

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

SIBU – Niat untuk menyertai lelongan barangan antik membawa padah apabila seorang pengarah syarikat pembinaan kerugian RM222,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan tidak wujud secara dalam talian. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan