Perarakan lori singa satukan masyarakat Sandakan

SANDAKAN – Bandar raya ini melakar sejarah apabila perarakan sulung Tahun Baharu Cina dianjurkan, menyaksikan 15 lori membawa 38 kepala singa, unikorn dan naga mengelilingi bandar.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson berkata, perarakan tersebut melalui beberapa kawasan utama termasuk Bandar Sandakan dan Bandar Kim Fung sebelum berakhir di Bandar Indah.

“Penganjuran ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat perayaan serta berkongsi kegembiraan Tahun Baharu Cina dengan masyarakat berbilang kaum.

“Perayaan ini bukan sahaja milik satu kaum, sebaliknya perlu diraikan bersama oleh semua pihak sebagai simbol perpaduan masyarakat,” ujarnya ketika ditemui media pada Majlis Penutupan Perarakan Lori Singa, Naga & Unikorn di Lampu Isyarat Bandar Indah, di sini, pada Ahad.

Tambah Walter, acara kemuncak turut menyaksikan persembahan tarian singa secara terbuka di tengah jalan raya utama di bandar Indah yang berjaya menarik lebih 5,000 penonton.

“Ini juga satu sejarah kerana buat pertama kali persembahan tarian singa diadakan secara terbuka di jalan raya utama dengan penyertaan 38 kepala singa yang membuat persembahan secara berkumpulan dan bergilir-gilir.

“Syukurlah kerana keadaan cuaca yang baik membolehkan keseluruhan program berjalan lancar seperti dirancang,” kongsinya.

Dalam pada itu, beliau berharap penganjuran tersebut dapat mengukuhkan kerjasama antara persatuan masyarakat Cina, masyarakat pelbagai kaum serta pihak kerajaan dalam usaha menyemarakkan perpaduan dan merancakkan ekonomi tempatan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan termasuk MPS, Pejabat Parlimen Sandakan, Persatuan Tionghoa Bersatu Sandakan serta Chinese Chamber of Commerce Sandakan yang berganding bahu menjayakan program tersebut.

Related Posts

Pekebun durian didakwa memandu mabuk hingga ragut nyawa

TEMERLOH – Seorang pekebun durian tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri. Ketua Polis Daerah Temerloh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Karnival STEM Sihat perkasa ilmu universiti kepada komuniti

KOTA KINABALU – Karnival STEM Sihat @ Membakut membuktikan komitmen institusi pengajian tinggi dalam memperkukuh pemindahan ilmu sains dan teknologi kepada komuniti luar bandar, sekali gus melahirkan generasi celik sains…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terpedaya dengan gigitan jerung kartel yang cemarkan imej SPRM

Jangan terpedaya dengan gigitan jerung kartel yang cemarkan imej SPRM

Pekebun durian didakwa memandu mabuk hingga ragut nyawa

Pekebun durian didakwa memandu mabuk hingga ragut nyawa

Karnival STEM Sihat perkasa ilmu universiti kepada komuniti

  • By Ezmie
  • February 16, 2026
Karnival STEM Sihat perkasa ilmu universiti kepada komuniti

Tengku Amir mahu fokus Selangor, tolak kemudi FAM

Tengku Amir mahu fokus Selangor, tolak kemudi FAM

UMS perkukuh sinergi bersama pengamal media

UMS perkukuh sinergi bersama pengamal media

Komuniti prihatin bersih tanah perkuburan Batu 11

  • By Fandi
  • February 16, 2026
Komuniti prihatin bersih tanah perkuburan Batu 11