UMS perkukuh sinergi bersama pengamal media

KOTA KINABALU – Pusat Komunikasi Korporat (PKK) Univesiti Malaysia Sabah (UMS) menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh sinergi bersama pengamal media dengan memastikan penyampaian maklumat yang sahih, pantas dan telus sentiasa menjadi keutamaan.

Pengarah PKK UMS, Dr Rizal Zamani Idris berkata, institusi ilmu memerlukan suara yang disalurkan melalui platform rakan-rakan media sebagai jambatan penting antara universiti dan masyarakat.

“Selepas melalui fasa mencabar dan perubahan besar dalam landskap komunikasi, kita kembali berhimpun bukan sekadar untuk makan malam, tetapi untuk mengiktiraf hubungan strategik yang telah lama terbina,” katanya semasa berucap dalam Majlis Apresiasi Rakan Media UMS, di Shangri-la Hotel, di sini pada Ahad.

Tambah Rizal, sepanjang tahun 2025, bulan Jun mencatatkan jumlah sebutan tertinggi, manakala November merekodkan capaian serta nilai Advertisement Space Rate (ASR) paling tinggi.

“Ini menunjukkan setiap kisah tentang pencapaian akademik, kejayaan penyelidikan, inisiatif komuniti dan kepimpinan universiti mendapat tempat di hati masyarakat, melalui saluran media yang berwibawa.

“Media bukan sekadar pelapor berita, sebaliknya rakan strategik dalam membina reputasi, membentuk persepsi serta mengukuhkan keyakinan awam terhadap institusi pendidikan tinggi.

“Hubungan ini bukan hubungan bermusim. Ia adalah kolaborasi jangka panjang yang kita bina atas dasar saling menghormati dan mempercayai.

“Pencapaian ini bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan kepercayaan, konsistensi dan kerelevanan naratif UMS dalam landskap komunikasi semasa,” jelasnya.

Sebanyak 12,897 liputan media direkodkan oleh UMS sepanjang tempoh 14 Januari hingga 31 Disember 2025, merangkumi media cetak, penyiaran dan portal dalam talian.

Liputan tersebut menjana potensi capaian mencecah 329 juta audiens merentasi pelbagai platform media, dengan nilai anggaran ASR sebanyak RM75.07 juta.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM