Perak setuju cadangan SPRM wujud SOP bagi penguatkuasaan, pengeluaran nadir bumi

IPOH – Kerajaan Negeri Perak bersetuju dan menyambut baik cadangan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya kerajaan mewujudkan prosuder operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penyelewengan unsur nadir bumi (REE) berulang lagi.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, SOP sedia ada tidak menyeluruh kerana hanya menggariskan kaedah dan cara-cara untuk mencari gali bahan mineral itu sahaja.

“Saya menyambut baik dan sangat bersetuju dengan cadangan SPRM berkaitan SOP tersebut.

“Sebarang langkah yang boleh mengelakkan berlakunya ketirisan hasil negeri,ia baik untuk kerajaan negeri.

“SOP yang ada sekarang ini hanya menggariskan kaedah dan cara-cara untuk mencari gali, itu sahaja.

“Sebab itu, kita minta kerajaan Persekutuan buat SOP supaya mewujudkan kriteria-kriteria sesuai terhadap syarikat yang ingin mengusahakan bahan mineral tersebut,” katanya.

Jelas Saarani, SOP sedia ada perlu ditambah baik daripada segi kredibiliti dan pengalaman sesebuah syarikat dalam mengurus tadbir pengeluaran REE.

“Sekurang-kurangnya syarikat itu mungkin ada seorang jurutera, ahli kimia, contoh itu kita nak SOP dibuat.

“Kalau ada mana-mana syarikat yang nak masuk untuk menggali atau mengusaha hasilkan REE ini kita tak boleh meluluskan sewenang-wenangnya melainkan syarikat ada sijil atau kriteria yang dipatuhi yang ada daripada SOP itu.

“Ini kerana ia melibatkan proses cari gali mengekstrak kemudian memprosesnya dan dia adalah perkara yang kena dibuat secara berintegriti kerana ia melibatkan keselamatan,” tegas Saarani lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis makan malam sempena Sambutan Ulangtahun ke-56 Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Perak di Hotel Casuarina@Meru di sini, malam Rabu.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, SPRM mencadangkan kerajaan negeri dan Persekutuan mewujudkan SOP khusus berhubung penguatkuasaan dan pengeluaran REE.

Ujar Azam, sekiranya SOP tersebut tidak dilaksanakan, ia memudahkan pihak tidak bertanggungjawab untuk melombong tanpa kebenaran atau mencuri hasil REE.

Disebabkan itu, perlu ada SOP yang jelas terutamanya membabitkan laporan penilaian alam sekeliling (EIA).

Sementara itu, Saarani turut mengucapkan tahniah kepada FFM Perak atas peranan mereka dalam memajukan sektor perindustrian negeri.

Ujarnya, FFM memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan industri, menjadi suara dan pemudah cara bagi sektor perindustrian selain penyumbang pembangunan ekonomi negeri.

“Saya yakin, dengan sinergi yang kukuh antara kerajaan dan FFM, kita akan berjaya mencapai impian untuk melihat Perak berkembang sebagai negeri berdaya saing, inklusif dan makmur.

“Dengan sejarah lima dekad, FFM telah menjadi penghubung mantap antara kerajaan dan sektor industri dalam memacu kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Related Posts

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

KOTA KINABALU – Usaha memperkukuh keupayaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Sabah terus dipergiat bagi memastikan tahap kesiapsiagaan operasi dan keselamatan awam sentiasa berada pada tahap optimum, khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas

KOTA KINABALU – Perancangan jangka pendek bagi menangani masalah bekalan air tidak stabil di Taman Ujana Kingfisher akan dilaksanakan segera, termasuk penghantaran lori tangki bagi mengisi tangki imbangan (balancing tank)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas

Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara