Perahu naga bukan sekadar sukan tapi jalin budaya, semangat komuniti

KOTA KINABALU – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, perlumbaan perahu naga kini menjadi platform persahabatan, pertukaran budaya dan semangat komuniti, bukan sekadar acara sukan.

“Saya berbangga menyokong acara-acara seperti ini yang menggabungkan elemen sukan, pelancongan dan budaya dalam satu platform.

“Perlumbaan perahu naga mungkin berakar dari tradisi, tetapi inilah yang menjadikan tradisi itu terus hidup dan terus berkembang sehingga mendunia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan sempena Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah ke-10 tahun 2025, di Likas Bay, di sini pada Jumaat.

Jelasnya, kunjungan para pasukan dan pelancong luar negara ke Sabah pada bulan ini bertepatan dengan Pesta Kaamatan, perayaan menuai paling bermakna bagi rakyat negeri ini.

“Ini merupakan waktu di mana kita meraikan kesyukuran, perpaduan dan keberkatan bersama komuniti peribumi, khususnya masyarakat Kadazan dan Dusun,” ujarnya.

Tambah beliau, para pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Sabah dianggap cukup bertuah.

“Selain dapat merasai keseronokan berlumba di air, tetapi dapat juga menikmati keindahan warna-warni, muzik, makanan serta kekayaan budaya yang dibawa oleh perayaan Kaamatan.

“Saya amat gembira melihat begitu banyak pasukan dari pelbagai negara berkumpul di Kota Kinabalu yang indah ini untuk bersama-sama menikmati pengalaman yang unik ini,” katanya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis