Tiga rumah, tiga kenderaan musnah dijilat api di Tawau

TAWAU – Tiga rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Apas Batu 4, di sini, tengah malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ushin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pukul 12.15 tengah malam. 

Katanya, sepasukan 14 anggota bersama jentera yang turut dibantu pasukan Bomba Kampung Titingan bergerak ke lokasi untuk operasi pemadaman. 

“Tiga rumah dua tingkat iaitu dua jenis separuh kekal dan sebuah rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu. 

“Turut terbakar tiga buah kenderaan jenis proton Wira, Iswara dan Persona,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu. 

Menurut Jemishin, operasi pemadaman api menggunakan dua aliran 300 kaki empat pancutan sumber air dari pili bomba. 

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi tamat sepenuhnya 3.20 pagi,” katanya.

Related Posts

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah