Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR

PERSAINGAN bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menjadi semakin hangat apabila dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan, menyatakan pandangan bahawa Nurul Izzah Anwar adalah calon utama yang berpotensi dalam pemilihan kali ini.

Dalam episod terbaharu podcast Keluar Sekejap, kedua-duanya melihat arus sokongan dalam PKR semakin cenderung terhadap Nurul Izzah, walaupun beliau baru sahaja kembali aktif dalam arena politik.

Shahril, bekas Ketua Penerangan UMNO berkata, penyertaan Nurul Izzah telah mengubah jangkaan awal bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan.

“Dalam tempoh seminggu ini, semakin ramai kelihatan memberi sokongan kepada beliau,” katanya.

Beliau turut mengulas gaya kempen Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden sebagai helah politik yang menarik perhatian dengan kenyataan sinis Rafizi menyeru ahli parti mengundi Nurul Izzah dan kemudiannya beliau mengakui ianya satu sindiran.

Shahril juga menyentuh kenyataan Rafizi yang berhasrat meletakkan jawatan menteri jika tewas dalam pemilihan, yang menurutnya adalah strategi untuk mengawal naratif pertandingan.

“Saya fikir itu helah politik. Beliau kata mahu letak jawatan jika kalah, tetapi dalam masa sama menyindir calon, mungkin Nurul Izzah yang kalah dalam PRU namun tetap mahu bertanding,” katanya.

Khairy pula mempertahankan kedudukan Nurul Izzah meskipun tewas dalam PRU15, dengan menyatakan kekalahan tersebut berlaku dalam konteks gelombang besar yang turut menumbangkan tokoh lain seperti Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Kepala Batas.

“Ada masa pengundi lihat calon, ada masa mereka hanya ikut arus. Itulah realiti politik,” ujar Khairy.

Kedua-dua tokoh ini mengakui bahawa keputusan pemilihan ini membawa risiko politik kepada PKR, namun Khairy percaya kesannya tidak akan kekal lama menjelang PRU16 akan datang.

“Kalau ditakdirkan Rafizi menang, beliau akan bina naratif baharu bahawa tiada gerakan tolak (Presiden PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dan jika ditakdirkan kalau Nurul Izzah menang, skrip sudah tersedia (iaitu) dia menang atas kapasiti sendiri, bukan dilantik dan beliau akan kata ahli yang pilihnya,” kata Khairy.

Khairy juga membandingkan pendekatan kempen kedua-dua calon, dengan Rafizi lebih menekankan data dan analisis mengenai pola sokongan pengundi, manakala Nurul Izzah pula memfokus kepada agenda penyatuan dan kekuatan dalaman parti.

“Harus diakui bahawa Nurul Izzah tidak menjadikan Rafizi sebagai tumpuan. Beliau lebih menumpukan kepada agenda kesepakatan dan penyatuan dalam PKR dan bagaimana untuk meningkatkan semangat pasukan dalam pilihan raya akan datang,” kata Khairy.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan