Penyertaan Zafrul bukti PKR wadah politik matang, inklusif

PUTRAJAYA – Penyertaan Menteri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR disifatkan sebagai satu langkah strategik yang mampu memperkukuh kekuatan parti dalam menghadapi cabaran masa depan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, perbincangan mengenai kemasukan Tengku Zafrul telah berlangsung sejak lebih setahun lalu,

Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri menegaskan perkara terbabit telah dibuat menerusi proses yang matang dan penuh pertimbangan.

“Saya berpandangan penyertaan Tengku Zafrul, yang difahamkan telah berbincang lebih setahun lalu untuk menyertai PKR mampu membuka ruang untuk menarik sokongan lebih meluas kepada parti.

” Ini dilihat sebagai usaha membina sebuah negara yang lebih progresif, adil dan inklusif,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Sementara itu, Muhammad Kamil memaklumkan, langkah terbabit selaras dengan komitmen PKR yang sentiasa mengangkat politik berasaskan idea, kepakaran dan integriti sebagai asas perjuangan.

“Keterbukaan menerima tokoh profesional seperti Tengku Zafrul adalah bukti bahawa parti itu terus berkembang sebagai wadah politik yang matang, inklusif dan bersedia memimpin masa depan negara.

“Namun begitu, setiap proses permohonan keahlian mestilah melalui prosedur yang ditetapkan, seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung parti,” katanya.

Pada Jumaat, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu mengesahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO sudah pun diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Beliau juga mengesahkan sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.

Bagaimanapun, PKR belum menerima sebarang permohonan rasmi setakat ini berhubung hasrat Tengku Zafrul untuk menyertai parti berkenaan.

Fuziah menjelaskan bahawa semua permohonan keanggotaan PKR dilakukan melalui kaedah permohonan secara dalam talian.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China