China beri amaran kepada AS isu Taiwan

BEIJING – China memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya ‘tidak bermain api’ isu Taiwan, sambil memaklumkan pihaknya telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Washington susulan kenyataan Ketua Pentagon, Pete Hegseth pada satu sidang kemuncak keselamatan di Singapura.

Setiausaha Pertahanan AS itu dalam ucapannya pada forum keselamatan tahunan semalam memberi amaran China sedang ‘membuat persiapan secara serius’ untuk menggunakan kekuatan ketenteraan bagi mengganggu keseimbangan kuasa di Asia.

Beliau turut menyatakan tentera China sedang mempertingkatkan keupayaan untuk menyerang Taiwan dan ‘sedang menjalani latihan untuk serangan sebenar’.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sejurus selepas tengah malam, Kementerian Luar China menyatakan pihaknya ‘mengemukakan bantahan tegas kepada AS’ berhubung kenyataan Hegseth, sambil menambah mereka ‘amat kesal’ dengan kenyataan itu.

“AS tidak seharusnya menjadikan isu Taiwan sebagai alat tawar-menawar untuk menyekat China dan tidak sepatutnya bermain dengan api,” tegas kementerian itu.

Beijing yang tidak menghantar Menteri Pertahanannya, Dong Jun ke sidang kemuncak di Singapura, menyifatkan isu Taiwan sebagai ‘urusan dalaman’ China dan menegaskan negara luar tiada hak campur tangan.

China menganggap Taiwan – sebuah pulau demokrasi yang diperintah sendiri sebagai wilayahnya – dan tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kekerasan bagi mengambil alih pulau itu.

Hegseth turut menuduh Beijing ‘merampas dan menjadikan wilayah secara haram’ di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian.

China mendakwa hampir keseluruhan perairan itu, meskipun satu keputusan antarabangsa sebelum ini menolak tuntutan terbabit.Pada Ahad, Kementerian Luar China mendakwa ‘tidak pernah wujud sebarang isu’ berkaitan kebebasan pelayaran di perairan berkenaan.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin