Penyasaran semula subsidi selamatkan 6.5 juta liter diesel sehari

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 6.5 juta liter diesel sehari disalah guna oleh industri atau diseludup ke negara jiran sebelum penyasaran semula subsidi dilaksanakan, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, penyasaran semula subsidi diesel menyaksikan pengurangan jualan sebanyak 23 peratus atau 6.5 juta liter sehari dari stesen minyak di Semenanjung Malaysia.

Amir Hamzah berkata, purata jualan harian diesel dari stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia pada awal Jun adalah 28.6 juta liter sehari, manakala pada awal bulan ini, purata jualan harian diesel menurun kepada 22.2 juta liter sehari.

“Kesimpulan ini disokong dengan data menunjukkan jualan diesel secara komersial meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari bagi tempoh perbandingan sama.

“Memandangkan kini harga di stesen minyak adalah pada RM3.35 seliter, pihak industri yang sebelum ini membeli diesel bersubsidi telah beralih balik kepada membeli diesel secara komersial,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad, Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar dan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman yang secara kolektif ingin tahu berkaitan keberkesanan inisiatif Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) selepas penyasaran subsidi diesel.

Amir Hamzah dalam pada itu menjelaskan, terdapat stesen minyak di utara Semenanjung Malaysia berdekatan dengan sempadan yang mengalami kejatuhan jualan diesel 40 hingga 50 peratus selepas penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

“Keadaan ini memaparkan kejatuhan aktiviti penyeludupan ke negara jiran disebabkan pengurangan margin keuntungan penyeludup,” katanya.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM