Lebih 11,000 penduduk Miri tinggal di kawasan setinggan – Chiew Choon

MIRI – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man meluahkan kebimbangan mengenai lebih 11,000 penduduk yang masih tinggal di kawasan setinggan di Miri.

Beliau berkongsi pandangan ini di Facebook yang menerima banyak reaksi positif dan komen daripada pengguna.

“Sarawak Bumi Kenyalang, tanah tumpah kesayangan kita begitu kaya dengan sumber asli namun lebih 11,000 rakyat di Miri masih hidup dalam kemiskinan dan duduk di rumah setinggan,” tulis Chiew di Facebook pada Ahad.

Dalam sesi soal jawab di Parlimen pada 2 November lalu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan mengesahkan terdapat 1,741 ketua isi rumah dan 9,462 ahli keluarga yang tinggal di rumah setinggan di bandar raya Miri.

Chiew juga menerima banyak aduan dan permohonan bantuan daripada penduduk setinggan.

Lawatan tapak yang dilakukan mendedahkan penduduk menghadapi pelbagai isu terutama berkaitan akses kepada kemudahan infrastruktur seperti air, elektrik dan jalan yang selamat.

“Situasi ini menunjukkan keperluan mengembangkan dasar perumahan yang lebih menyeluruh khususnya bagi penduduk Miri agar mereka dapat memperoleh rumah kos rendah atau mampu milik,” jelasnya.

Beliau juga menekankan bahawa dalam proses perbandaran dan pembangunan bandar isu perumahan sering timbal disebabkan kekurangan tanah berbanding dengan pertambahan penduduk.

Chiew berpendapat penting merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan agar semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang tinggal di kawasan setinggan dapat menikmati kediaman yang selesa dan selamat.

“Saya akan terus membawa isu perumahan ini ke Parlimen supaya keperluan Miri untuk mendapatkan rumah mampu milik mendapat perhatian yang sewajarnya,” tambahnya.

Related Posts

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

KUCHING – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemaskan koordinasi pengurusan bencana di peringkat negeri menerusi satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri (SDCC) pada Rabu. Sesi tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

MIRI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong menerima suntikan dana sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf fasiliti demi keselesaan pelajar. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz