PDRM nafi ‘bekas pegawai kanan’ cuba lindung siasatan GISBH

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan terdapat pihak dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba melindungi kegiatan GISB Holdings (GISBH) seperti ditularkan di media sosial.

“Dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan berniat jahat.

“Anggota kita sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan siasatan berkaitan syarikat ini dijalankan dengan telus, adil dan menyeluruh.

“Pihak polis wajar diberi ruang untuk menjalankan siasatan dan seterusnya membawa sesiapa sahaja yang didapati melanggar undang-undang ke muka pengadilan,” katanya dipetik dari Berita Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mesej yang tular mendakwa terdapat hubungan rapat antara seorang bekas pegawai kanan PDRM dengan kepimpinan GISBH.

Dalam mesej itu, ia cuba menggambarkan seolah-olah seorang bekas pegawai kanan PDRM mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan GISBH yang disertakan bersama beberapa keping gambar.

Dakwaan itu turut menyebut bekas pegawai kanan itu mempunyai hubungan baik dengan pegawai kanan terkini di PDRM sekali gus dikaitkan serbuan di beberapa premis GISBH baru-baru ini gagal selepas didapati kosong dan ditinggalkan.

Mengulas lanjut dakwaan berkenaan, Razarudin berkata, pihaknya sedang meneliti mesej yang tular itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Sebelum ini kita menerima komen mengatakan tindakan kita terhadap GISBH keterlaluan dan terkini, kita dipersalahkan kerana kononnya melindungi syarikat itu.

“Kami berharap orang ramai dapat memberi masa dan ruang kepada PDRM untuk menyiasat kes ini dengan sebaiknya,” katanya.

Related Posts

Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang