Pentadbir masjid kena proaktif bendung ajaran sesat – Sultan Selangor

LANGKAH proaktif mesti dilaksanakan oleh pentadbiran Masjid Jamek Cina Muslim Klang bagi membendung amalan ajaran sesat berputik di masjid tersebut.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah, masalah ajaran sesat ketika ini amat membimbangkan yang bukan hanya mencemarkan kesucian Islam malah memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

“Penyimpangan akidah adalah satu ancaman serius yang tidak boleh dipandang remeh kerana masalah itu ibarat api dalam sekam yang boleh marak tanpa disedari.

“Dalam dunia akhir zaman ini, fitnah dan kekeliruan di kalangan umat Islam begitu bermahajaralela menyebabkan umat Islam mudah sesat dan terjerumus ke dalam ajaran-ajaran menyeleweng,” titah Baginda, semalam.

Menyempurnakan perasmian masjid berkenaan, Sultan Sharafuddin mengingatkan umat Islam agar menjadikan masjid sebagai tempat penyatuan dan perpaduan umat Islam tidak mengira kaum dan warna kulit.

Titah Baginda, umat Islam digalakkan untuk menggunakan masjid sebagai pusat ibadat, pusat untuk menimba ilmu dan pusat kemasyarakatan selain memastikan masjid kekal sebagai tempat yang selamat bagi umat Islam tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam sentiasa memberikan tumpuan dan fokus kepada khutbah Jumaat yang disampaikan pada setiap minggu.

“Dalam keadaan ketiadaan kepimpinan khalifah pada zaman ini maka khutbah dan mimbar Jumaat berperanan sebagai mewakili suara khalifah bagi menyampaikan ingatan dan nasihat kepada umat Islam.

“Khutbah berperanan sebagai wadah ilmu dan membuat seruan kepada umat Islam untuk bertaqwa kepada Allah SWT dan berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, aliran Asha’irah dan Maturidiah.

“Khutbah adalah sebagai medium bagi mengajak umat Islam untuk sentiasa hidup harmoni saling hormat menghormati dan mementingkan perpaduan,” titah Baginda.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen