Penjaja kecil tidak perlu tukar tong gas ungu

PUTRAJAYA – Penjaja atau peniaga kecil seperti ‘Makcik Kiah’ tidak perlu beralih kepada penggunaan Gas Petroleum Cecair (LPG) komersial.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh berkata, golongan itu masih boleh menggunakan tong gas bersubsidi dengan syarat tidak melebihi tiga tong gas 14 kilogram (kg) pada satu masa dengan jumlah maksimum 42kg.

“Ini bermakna kalau guna satu tong untuk goreng pisang, satu untuk mi dan satu untuk air, ‘Makcik Kiah’ masih layak guna tong gas hijau bersubsidi.

“Tidak perlu tukar ke tong gas ungu (komersial).

“Tong gas ungu, iaitu tanpa subsidi, hanya diwajibkan kepada pengguna industri dan komersial berskala besar seperti restoran besar, kilang serta hotel,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini, penggunaan wajib gas LPG komersial 14 kg dikuatkuasakan ke atas premis makanan sejak 1 Mei lalu.

Bagaimanapun, Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan bahawa hanya premis berskala besar seperti hotel, restoran besar dan dapur industri yang menggunakan lebih tiga tong LPG dalam satu masa diwajibkan beralih kepada LPG komersial.

Fuziah menjelaskan, beliau tampil memberi penjelasan mudah berhubung isu penggunaan gas LPG komersial kerana masih ramai yang keliru.

Menurutnya, orang ramai juga diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang salah mengenai isu itu.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi