RON97, diesel turun 3 sen

HARGA runcit petrol RON97 di Semenanjung Malaysia akan diturunkan tiga sen kepada RM3.07 seliter bermula 5 Jun hingga 11 Jun 2025, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut diturunkan tiga sen kepada RM2.74 seliter bagi tempoh sama, manakala harga runcit RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada RM2.15 seliter,” kata kenyataan itu.

Penetapan harga runcit produk petroleum ini dibuat secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang mengambil kira trend semasa pasaran minyak mentah dunia.

MOF memaklumkan, kerajaan akan terus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi