Penipuan jual beli kereta 4WD, polis tahan wanita di Saratok

SARATOK – Polis menahan seorang wanita berusia 29 tahun dipercayai terlibat dalam kes penipuan pembelian kereta, membabitkan kerugian sebanyak RM5,819.41, selepas mangsa membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Saratok.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, mengesahkan penahanan suspek yang berasal dari Bota, Perak, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, kejadian bermula pada 22 September 2025 apabila seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun tertarik dengan iklan jualan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di laman Marketplace dengan harga RM32,600.

“Mangsa kemudian telah membuat bayaran deposit berjumlah RM5,819.41 selepas berminat dengan iklan tersebut.

“Bagaimanapun, selepas pembayaran dibuat, suspek gagal menyerahkan kenderaan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, hasil siasatan awal mendapati suspek turut mengaku pernah terlibat dalam satu lagi urusan pembelian kereta melalui Facebook, membabitkan bayaran berjumlah RM5,257.75.

Selain itu, suspek juga dilaporkan telah menyerahkan kad ATM Bank Islam miliknya sebagai cagaran kepada individu lain.

“Kami kini sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat pendakwa raya.

“Suspek dijadualkan akan dituduh di Mahkamah Majistret Saratok pada 22 Disember 2025,” jelasnya.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah