Hujan lebat punca banjir kilat di Subis dan Miri, agensi berkaitan terus bersiap siaga

MIRI – Hujan lebat berterusan sejak lewat malam tadi hingga awal pagi Rabu menyebabkan beberapa kawasan di Bahagian Miri, termasuk Subis dan Miri, mengalami banjir kilat buat kali kedua tahun ini.

Paras air sungai serta sistem saliran yang menerima jumlah hujan tinggi dalam tempoh singkat dilaporkan menyebabkan berlakunya limpahan air ke beberapa kawasan penempatan penduduk.

Di sekitar Miri, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Muhibbah, Kampung Batu 1, Kampung Sealine, Kampung Pujut Tanjung Batu, Jalan Bypass Miri, Jalan Terusan Utama Pujut, Kampung Pujut Adong 2D, Kampung Tudan, Jalan Bayu Taman Jelita, Taman Pantai Luak dan Luak Bay.

Sementara itu, di Subis, maklumat orang awam setakat jam 3 pagi mengesahkan beberapa lokasi turut dinaiki air, antaranya Kampung Rambai, Kampung Dagang Sepupok Niah, Pengkalan Lobang, Kampung Tanjung Belipat Niah, Skim Rancangan Sepupok, Kampung Tengah Bekenu, Kuala Tangap Niah, Kampung Peliau, Kampung Jambu Bungai, Kampung Kelapa Bekenu serta Taman Perumahan Bekenu.

Beberapa rumah panjang juga dilaporkan terlibat termasuk RH Aron, RH Ayai, RH Justin, RH Enju dan RH Richard Pilet.

Kedudukan geografi Miri sebagai bandar pesisir dengan rangkaian sungai utama seperti Sungai Miri dan Sungai Lutong, di samping kawasan berbukit, menyumbang kepada aliran deras air hujan dari kawasan tinggi ketika hujan lebat berpanjangan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Miri turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan daerah Subis, Miri dan Marudi bermula malam tadi.

Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB), Galong Luang, memaklumkan semua agensi berkaitan berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi musim landas hujung 2025 hingga awal 2026.

“Jawatankuasa bencana peringkat bahagian, daerah, urusetia serta agensi penyelamat sentiasa bersedia.

“Pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Subis dan Majlis Daerah Marudi turut bekerjasama memastikan sistem perparitan berada dalam keadaan baik bagi melancarkan aliran air,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha pemantauan akan terus dipertingkatkan sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara.

Terdahulu, sebanyak 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pernah dibuka di Subis dan Miri bagi menempatkan penduduk terjejas dalam kejadian sebelum ini.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah