Peniaga mengeluh perniagaan terjejas, palang parkir rampas hak OKU

KANGAR – Sistem parkir pintar yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sejak 16 Jun lalu menerima kritikan bertubi-tubi apabila disifatkan menyusahkan rakyat terutama warga emas dan peniaga kecil.

Rata-rata peniaga meluahkan rasa kecewa terhadap pelaksanaan sistem itu kepada aplikasi mudah alih dan transaksi dalam talian dan seakan-akan tidak memberi tumpuan terhadap golongan yang tidak celik digital.

“Orang tua susah sikit nak guna. Tak semua warga emas ada ‘online banking’, bisnes pun ada terjejas. Kalau buat Touch ‘n Go (TnG) pun bagus, sebab ramai orang ada (kad TnG),” kata Ah Ling, 39, seorang peniaga di Jalan Seruling di pusat bandar Kangar.

Seoramg lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Chong, 63, pula menyifatkan sistem itu sebagai beban kepada peniaga kerana menghalang kelancaran urusan pelanggan.

“Masih tak boleh pakai kad TnG lagi, banyak susah. Jualan terjejas, pelanggan pun makin kurang. Rasa macam berniaga kena sekat,” katanya yang telah berniaga lebih 30 tahun di lokasi sama.

Dalam pada itu, seorang lagi pemilik perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 56, berkata, sejak sistem diperkenalkan, pelanggan tetapnya mula menjauh kerana tidak mahu berdepan dengan kerumitan yang mana kadang kala lensa kamera automatiknya ‘rabun membaca’ nombor pendaftaran kenderaan menyebabkan palang tidak diangkat.

“Tempoh hari saya baru hendak mula berniaga namun palang tak buka. Ada pelanggan dah janji nak datang, tapi terus batal sebab susah hendak masuk (kawasan perniagaan).

“Kita bukan tolak kemodenan, tapi janganlah moden yang menyusahkan,” katanya ketika diminta mengulas pelaksanaan parkir pintas yang memasuki minggu kedua di sini hari ini.

Tinjauan The Malaysia Press turut mendapati dua pembinaan palang parkir laluan masuk di hadapan sebuah bank turut merampas hak pengguna kelainan upaya (OKU).

Satu lot parkir khas OKU untuk urusan bank hilang kerana dibina palang parkir manakala terdapat satu lagi palang menghalang laluan ke ‘ramp’ untuk pengguna berkerusi roda.

Terkini, papan tanda parkir OKU telah dicabut dan masih belum ada lagi parkir OKU disediakan bagi menggantikan lot parkir yang dibina palang parkir berdekatan bank tersebut untuk memudahkan urusan golongan tersebut.

Dalam media sosial, rakyat berterusan memberi ‘review’ kurang enak apabila dikatakan sistem parkir itu menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat insiden kegagalan fungsi kamera pengimbas nombor pendaftaran.

Tinjauan juga mendapati operator parkir pintar juga telah meletakkan beberapa petugas bagi membantu kelancaran operasi dan aliran trafik di kawasan tersebut.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO