Penggiliran kerja perkhidmatan awam akan dilaksanakan – KSN

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengarahkan agar dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang ditempatkan di kaunter perkhidmatan selama lebih lima tahun.

Beliau berkata, langkah itu adalah untuk meluaskan pengalaman mereka dan mengurangkan tekanan akibat tumpuan yang berpanjangan kepada satu peranan.

“Lebih lima tahun (berkhidmat di kaunter) kadang-kadang boleh menyebabkan anda (penjawat awam) sangat tertekan, jadi kita kena beri tugasan yang baharu untuk perubahan dalam kerjaya.

“Kadang-kadang kita tengok petugas kaunter marah-marah orang kerana terlalu lama mereka berkhidmat di sana, dia pun kecewa juga, jadi kita hendak ubah situasi itu,” katanya pada sesi amanat KSN 2025 bertemakan ‘Reformasi: Satu Kemestian’ di sini pada Isnin.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, penggiliran ini boleh dilaksanakan dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang.

Katanya, pusingan kerja itu juga bertujuan menambah baik perkhidmatan di kaunter.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan pegawai kerajaan supaya lebih sedikit mengadakan lawatan keraian, dan lebih banyak lawatan secara mengejut.

“Saya ingin memberi peringatan kecil: Apabila kita, sebagai pegawai kerajaan, mengadakan lawatan, kurang lawatan keraian. Jika kita berbuat demikian, banyak perkara yang kita mungkin terlepas.

“Oleh itu, lakukan lawatan mengejut, kerana di sinilah kita boleh mengenal pasti kawasan yang boleh atau memerlukan penambahbaikan,” katanya.

Shamsul Azri juga memberitahu kakitangan kerajaan supaya menerima perubahan dalam persekitaran untuk terus berkembang.

“Projek pembangunan dan digitalisasi mesti dipercepat pelaksanaan. Sebagai contoh, pendaftaran MyDigital ID masih pada peringkat tidak memuaskan dan perlu ada pemahaman yang lebih baik serta peningkatan pendaftaran dalam kalangan penjawat awam dan rakyat,” katanya.

Untuk menuju ke hadapan, Shamsul Azri berkata, reformasi itu ialah satu kewajipan.

Justeru, agenda reformasi perkhidmatan awam akan diteruskan tahun ink dengan tiga fokus iaitu memantapkan pemboleh daya reformasi, memperkukuh nilai dan tatakelola, serta mempertingkatkan sinergi strategik Persekutuan-negeri dan antarabangsa.

Related Posts

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan dijangka tidak akan mengadakan pilihan raya negeri di tengah-tengah kemelut pemerintahan yang berlaku ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

PUTRAJAYA – Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mencetuskan krisis persepsi negatif politik dalam Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu