Penggemar coklat, sekeluarga tempuh tiga jam dari Sipitang ke MICF 2025

KOTA KINABALU – Demi minat terhadap coklat, sekeluarga dari Sipitang sanggup meredah perjalanan hampir tiga jam semata-mata untuk mengunjungi Festival Koko Malaysia Antarabangsa (MICF) 2025 di sini.

Siti Hamidah Ahmad, 60, berkata, pameran itu membuka mata mereka sekeluarga tentang dunia sebenar koko dan penghasilan produk coklat asli tempatan yang jarang ditemui di pasaran luar.

“Bila nampak iklan MICF di TikTok, kami terus rasa teruja. Sebagai orang dari Sipitang, memang jarang dapat lihat pameran macam ini.

“Kami bawa anak-anak dan cucu-cucu untuk kenal sendiri rupa biji koko, produk berasaskan koko dan proses penghasilannya,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press di pameran tersebut pada Ahad.

Menurutnya lagi, kunjungan itu memberikan pengalaman baharu apabila dapat merasa coklat asli yang jauh berbeza daripada yang biasa dibeli di luar.

“Kebanyakan coklat di luar manis sangat, tapi coklat yang dipamerkan di sini lebih asli dan tak terlalu manis, sedap pula bila rasa,” katanya sambil tersenyum.

Tambahnya, walaupun perlu menempuh jalan yang jauh dan sesetengah kawasan yang rosak seperti ‘berjalan di bulan’, ia tidak menjadi halangan.

“Kami penggemar coklat sekeluarga, jadi semua jenis coklat kami suka, terutamanya yang ada isi badam.

“Semoga pameran seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun dan jadi peluang untuk pempamer tempatan memperluas pasaran mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Nor Azlinda Abdul Aziz, 48, yang turut hadir ke pameran tersebut bersama keluarga, berkongsi keterujaannya.

“Memang rasa wow. Banyak ilmu baru kami dapat. Tak sangka banyak betul produk boleh dihasilkan daripada koko, dari makanan hingga kosmetik.

“Anak-anak pun seronok, dapat lihat proses dan teknologi pemprosesan coklat secara langsung. Ini satu bentuk pembelajaran yang menyeronokkan,” katanya.

Menurutnya, pameran seperti MICF bukan sahaja mendedahkan masyarakat kepada potensi industri koko, malah memperkasa usahawan tempatan dari pelbagai negeri.

Dalam pada itu, seorang pelajar berusia 14 tahun, Haffieq Aiqall Shah turut meluahkan rasa gembira apabila berpeluang menikmati pelbagai jenis coklat dan aktiviti menarik sepanjang festival.

“Saya jarang makan coklat, tapi di sini banyak jenis dan rasa. Seronok juga ada aiskrim percuma.

“Saya harap MICF diteruskan lagi dan ramai orang Sabah datang bawa anak-anak untuk cuba sendiri,” katanya ringkas.

Related Posts

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

SEMPORNA – Maritim Malaysia Zon Maritim Semporna menegaskan komitmennya memerangi jenayah terhadap ekosistem marin susulan rampasan 575 kilogram baja ammonia dipercayai untuk tujuan bom ikan. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

ALOR SETAR – Cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM3,000 bagi setiap tan metrik berpotensi memberi kesan langsung kepada kenaikan harga beras di pasaran. Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi