Perkukuh hubungan Malaysia-AS antara tekad Duta Besar Malaysia

PUTRAJAYA – Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–AS semasa majlis penyerahan watikah pelantikan kepada Presiden Donald J Trump di Rumah Putih.

Dalam satu hantaran Facebook hari ini, Kedutaan Malaysia di Washington DC memaklumkan bahawa Muhammad Shahrul Ikram menyerahkan watikah pelantikannya kepada Trump semasa Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan di White House pada 24 Julai.

“Dalam majlis itu, Muhammad Shahrul Ikram berpeluang bertukar-tukar ucapan mesra secara ringkas dengan Presiden Trump dan menyampaikan komitmennya untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia–AS.

“Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden atas penyertaan Setiausaha Negara, Marco Rubio dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 hingga 11 Julai.

“Ia menegaskan lagi komitmen AS terhadap rantau ini serta pengukuhan Perkongsian Komprehensif Malaysia–AS,” menurut kenyataan kedutaan itu.

Sejak lebih enam dekad lalu, hubungan Malaysia–AS berkembang menjadi kerjasama pelbagai dimensi merangkumi bidang politik, ekonomi, pertahanan dan keselamatan, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.

Muhammad Shahrul Ikram adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar dan diplomat berpengalaman dengan lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam.

Anak kelahiran Pahang itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekologi dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School pada 2009.

Related Posts

14 kementerian gagal capai sasaran laksana projek fizikal

PUTRAJAYA – Sejumlah 14 kementerian dikenal pasti tidak berjaya mencapai sasaran dalam pelaksanaan pembangunan projek fizikal yang diperuntukkan pada tahun lalu, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pegawai tertinggi ATM dijangka berdepan pertuduhan minggu depan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan sekurang-kurangnya dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan didakwa di mahkamah minggu depan berhubung kes tender perolehan yang sedang disiasat. Ketua Pesuruhjaya SPRM,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam