Penganggur dicekup miliki syabu di Kampung Meritam

LIMBANG – Padah memiliki dadah, seorang lelaki ditahan polis dalam serbuan Op Tapis di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Meritam pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis kira-kira jam 4.40 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas tubuh suspek berjaya menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.2 gram.

“Siasatan awal mendapati suspek yang tidak bekerja itu dipercayai terlibat dalam aktiviti penagihan dadah sejak awal tahun lalu.

“Semakan rekod jenayah juga mendapati lelaki terbabit mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Parum berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Tambahnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang