Pengamal media perlu bantu bendung buli siber, tangkis berita palsu

PUTRAJAYA – Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kepantasan penyebaran maklumat dan berita di dunia digital seperti media sosial ditambah dengan kemunculan kecerdasan buatan (AI) memerlukan kesiapsiagaan tinggi semua pihak termasuk media.

Fadillah berkata, perkembangan dan perubahan itu boleh menjadi kelebihan, namun jika tidak berwaspada terhadap penyebaran pelbagai maklumat di media sosial ia mampu mencetuskan masalah rumit dan membimbangkan.

“Di samping melaporkan kes buli siber, penipuan dan sebagainya, peranan pengamal media juga sebagai perisai dalam menangkis berita-berita palsu yang terus memenuhi segenap media sosial.

“Selain itu, media arus perdana juga boleh memainkan peranan dan tanggungjawabnya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman dan bahayanya jika mereka terjebak dengan jenayah media sosial,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Jubli Intan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), malam tadi.

Majlis berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Presiden NUJM Farah Marshita Abd Patah.

Fadillah berkata, perkembangan platform media sosial tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menyebar elemen kebencian antara kaum dan agama, menghasut dan menyebar fitnah serta perkara negatif lain yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan bersetuju Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memastikan negara mempunyai undang-undang yang lebih kukuh dalam membanteras serta menangani jenayah berkaitan media sosial.

Dalam perkembangan lain, Fadillah turut mengumumkan peruntukan RM150,000 kepada NUJM bagi membantu kesatuan itu memperkukuhkan peranan dalam menjaga kebajikan wartawan dan pekerja media di Malaysia.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap