Penduduk utara Gaza diancam wabak penyakit epidemik

GAZA – Pihak berkuasa Palestin memberi amaran tentang kemungkinan wabak penyakit dan epidemik dalam kalangan penduduk yang dipindahkan di Bandar Gaza disebabkan kesesakan di tempat perlindungan.

Majlis Perbandaran Bandar Gaza memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa penghijrahan besar-besaran penduduk dari utara Gaza ke bandar itu telah menambah tekanan terhadap perkhidmatan air, sanitasi, dan pengumpulan sisa kumbahan, lapor Anadolu.

“Keadaan ini telah memburukkan lagi krisis kesihatan dan alam sekitar yang sedang dialami oleh bandar tersebut.

“Pemindahan paksa ini telah menyebabkan pengumpulan sisa pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini serta peningkatan permintaan air yang ketara, menjadikan situasi ini amat sukar,” katanya.

Jelasnya, puluhan ribu penduduk Palestin yang tinggal di utara Gaza telah terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing di utara Gaza ke bandar akibat serangan darat berterusan oleh Israel di kawasan itu.

Majlis Perbandanran itu merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan bagi membantu memenuhi keperluan asas penduduk yang dipindahkan di Bandar Gaza bagi mengelakkan kemerosotan kesihatan awam yang lebih teruk.

Sejak 5 Oktober, Israel telah melancarkan operasi darat besar-besaran di utara Gaza dengan alasan untuk menghalang kumpulan penentang Palestin, Hamas, daripada mengatur semula kekuatan mereka, namun, realitinya rejim Israel cuba untuk menduduki kawasan itu dan memindahkan penduduknya secara paksa.

Sejak itu, tiada bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, ubat-ubatan, dan bahan api, dibenarkan masuk ke kawasan tersebut menyebabkan lebih kurang 80,000 penduduk berada di ambang kebuluran yang teruk.

Lebih daripada 2,300 orang di utara Gaza telah terkorban sejak serangan itu bermula, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Pada hari Khamis, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Setakat 25 November, angka korban di Gaza akibat serangan kejam Israel sejak Oktober tahun lalu telah meningkat kepada 44,235 kematian, 104,638 kecederaan manakala puluhan ribu lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data