Pulau Pinang kekalkan peruntukan ADUN pembangkang RM60,000

GEORGETOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengekalkan peruntukan sebanyak RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu bagi tahun 2025.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menambah peruntukan kepada ADUN pembangkang kerana telah melantik Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) di kawasan berkenaan.

“Bagi tahun 2024, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM60,000 kepada ADUN Pembangkang dan jumlah tersebut mengikut perbelanjaan akan dikekalkan pada tahun 2025.

“Memandangkan ada saluran-saluran untuk membantu kawasan-kawasan pembangkang termasuk pegawai penyelaras dan juga agensi-agensi kerajaan,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Isnin.

Mengulas lanjut, Chow berkata, segala peruntukan sama ada di kawasan kerajaan mahupun pembangkang telah diselaras secara bersepadu di bawah Jawatankuasa MMK negeri.

“Segala peruntukan demi manfaat penduduk tidak kira di kawasan kerajaan mahupun pembangkang, ia telah pun diselaras secara bersepadu oleh jabatan, agensi serta anak syarikat kerajaan negeri yang diterjemahkan kepada projek dan program di bawah Jawatankuasa MMK atau pelaksanaan projek program secara langsung oleh kerajaan negeri.

“Kita tidak akan memilih atau melaksanakan projek-projek berdasarkan kepada kawasan-kawasan sama ada kerajaan ataupun pembangkang,” katanya.

Chow menjawab soalan Zulkefli Bakar (PN-Penanti) yang bertanya berkenaan peruntukan diterima ADUN pembangkang.

Chow turut menekankan bahawa sebagai wakil rakyat, semua ADUN boleh mengetengahkan masalah atau permintaan penduduk di kawasan mereka kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri yang sentiasa bersedia membantu rakyat dengan mengamalkan dasar “no wrong door policy”.

Sementara itu, dalam soalan tambahan Zulkefli mengenai sama ada kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan elaun semua ADUN agar mereka boleh berkhidmat kepada rakyat di kawasan sendiri dengan tambahan peruntukan berkenaan.

Chow berkata sememangnya elaun ADUN kali terakhir diselaraskan 10 tahun lepas, dan sepatutnya diselaraskan setiap 10 hingga 15 tahun.

“Namun, elaun wakil rakyat di peringkat Parlimen juga tiada penyelarasan sejak 10 tahun lepas. Sekiranya kerajaan Persekutuan melakukan kajian tentang keperluan penyelarasan ini, kerajaan negeri juga akan melakukan kajian berkenaan,” katanya.

Related Posts

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

PADANG BESAR – Polis merampas 31.6 tan kaki ayam dan 10.2 tan hati ayam beku dalam serbuan ke atas sebuah gudang penyimpanan haram barangan sejuk beku di kawasan Perindustrian Padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen