
MUKAH: Penduduk sekitar Mukah hari ini menyambut mesra kehadiran Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang meluangkan masa bersarapan bersama orang ramai di Gerai Kopi Market Dana pagi hari ini.
Dalam suasana santai, beliau meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat yang turut berada di gerai tersebut.
Kehadiran beliau disambut mesra oleh penduduk yang teruja untuk bertemu dan berbual dengan pemimpin mereka.
Abang Johari dilihat berinteraksi dengan peniaga-peniaga serta pengunjung sambil menikmati hidangan sarapan pagi tempatan.
Selepas sarapan, beliau dijadualkan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Negeri (SDCCM) Bil 2/2024 yang akan diadakan di Pejabat Pentadbiran Bahagian Mukah.
Lawatan dan interaksi ini mencerminkan sikap keprihatinan beliau terhadap rakyat, sambil memastikan agenda pembangunan negeri berjalan lancar.