Bangunan Pantai Tusan dibuka semula setelah bertahun ditutup – Rosey Yunus

BEKENU: Penutupan Pantai Tusan selama bertahun-tahun akan dibuka semula kepada orang awam.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, segala kemudahan utiliti seperti bekalan elektrik dan air telah disambung ke bangunan ini dengan rekabentuk dan fasiliti yang cukup baik dan selesa.

Menurutnya lagi, beberapa peniaga yang terpilih mula memasuki lot gerai bangunan dan mula berniaga sejak 25 Jun yang lepas.

“Kerjasama antara Majlis Daerah Subis dengan Jawatankuasa Komuniti Pantai Tusan ini memainkan peranan penting dalam usaha menarik ramai pelancong ke Pantai Tusan sekali gus menjadikan Pantai Tusan sebuah tempat yang menarik perhatian ribuan pelancong ke Daerah Subis”. Katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kemudahan Pelancongan Pantai Tusan di sini.

Beliau juga mengumumkan RM6.6 juta bagi replika kepala kuda bagi menggantikan kepala kuda yang menjadi ikonik di pantai tersebut sebelum runtuh pada 2020.

Selain itu, peruntukan RM4.945 juta dipersetujui bagi mengatasi hakisan sementara tanah susur yang sering berlaku di kawasan tersebut.

“Status terkini dari Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID) menyediakan plastik untuk menutupi hakisan sementara,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni dan Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan