Kerajaan belanja RM10.49 bilion untuk infrastruktur luar bandar

PUTRAJAYA – Kerajaan melabur RM10.49 bilion untuk membangunkan infrastruktur luar bandar termasuk jalan raya, bekalan elektrik, air dan kemudahan sosial di kampung Orang Asli serta kawasan pedalaman sejak 2020 hingga Jun tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaburan besar ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kemajuan komuniti luar bandar.

“Infrastruktur yang berkualiti tinggi dapat menarik pelaburan, menjana peluang pekerjaan dan menggalakkan amalan pertanian mampan.

“Dengan memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur luar bandar, kita meletakkan asas bagi pertumbuhan inklusif dan pengurangan kemiskinan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada perasmian Simposium Perancangan dan Pembangunan Desa Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ahmad Zahid berkata, beliau menyedari kepentingan pembangunan infrastruktur luar bandar untuk memajukan sosioekonomi sesebuah negara.

Katanya, infrastruktur berkualiti tinggi termasuk jalan raya, jambatan, kemudahan penjagaan kesihatan, sekolah dan ketersambungan digital semuanya asas kepada pembangunan luar bandar yang berkesan.

“Infrastruktur lebih baik memudahkan akses kepada pasaran, membolehkan petani menjual produk mereka dengan lebih cekap dan mendapatkan harga yang lebih baik.

“Penjagaan kesihatan dan kemudahan pendidikan yang dipertingkatkan meningkatkan kualiti hidup, mengurangkan migrasi dari luar bandar ke bandar dan membolehkan penduduk luar bandar menyumbang dengan lebih berkesan kepada ekonomi,” katanya.

Related Posts

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau telah diberikan tanggungjawab baharu untuk mengelola dan memantau urusan FELDA dan FGV Holdings Bhd (FGV). Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan bekas wartawan FMT

PUTRAJAYA – Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan ditahan polis awal pagi tadi susulan soalan kontroversi dalam satu wacana awam, Isnin lalu. Tan, 31, yang meletak jawatan pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim