
KOTA KINABALU – Penduduk Taman Indah Permai, Sepanggar, digemparkan dengan penemuan beberapa anggota badan yang dikerat-kerat dipercayai seorang wanita di dalam bungkusan di tong sampah, pagi tadi.
Anggota badan berkenaan ditemukan kira-kira pukul 9 pagi oleh kontraktor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang sedang menjalankan kerja-kerja pengumpulan sampah di lokasi bersebelahan tempat mencuci kenderaan.
Menurut saksi, sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Unit Forensik dan Unit K9 tiba di lokasi kira-kira pukul 9.15 pagi bagi menjalankan siasatan.
Tambahnya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini dan pihak Polis sedang menjalankan siasatan.
Dalam pada itu, siasatan Polis akhirnya menemukan kepala dan badan selepas penemuan tangan dan kaki manusia di tempat pembuangan sampah terbabit.
Kepala dan badan pukul 11.40 pagi berkenaan ditemukan di satu lagi tempat pembuangan sampah berhampiran Parasaraya Bataras Indah Permai.
Kawasan sekitar lokasi telah dipasang garisan keselamatan bagi membolehkan proses pengumpulan bukti dilakukan.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman mengesahkan kejadian berkenaan.
Sisatan lanjut masih diteruskan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian.






