SADA-SEB perkukuh kerjasama, pacu pembangunan Empangan Batang Ai

Lina B.

KUCHING – Sri Aman Development Agency (SADA) hari ini menghadiri Sesi Taklimat Perancangan Pembangunan Sarawak Energy Berhad (SEB) di kawasan Empangan Batang Ai yang berlangsung di Menara Sarawak Energy Berhad di sini, sebagai langkah memperkukuh penyelarasan perancangan pembangunan antara kedua-dua pihak.

Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sesi berkenaan merupakan platform penting bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan secara bersepadu dan selari dengan hala tuju pembangunan Bahagian Sri Aman.

Beliau berkata sesi itu signifikan susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bilangan 3/2025 yang mengarahkan penyelarasan awal bersama SEB, khususnya berkaitan perancangan pembangunan dan potensi pelancongan di sekitar Empangan Batang Ai.

“Pendekatan ini penting bagi mengelakkan pertindihan projek serta memastikan setiap pembangunan saling melengkapi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohani berkata SADA komited memastikan pembangunan dilaksanakan secara holistik dan mampan dengan memberi keutamaan kepada kesejahteraan komuniti setempat serta pemeliharaan alam sekitar.

Menurut beliau, melalui kerjasama strategik bersama SEB dan agensi berkaitan, potensi sosioekonomi kawasan Empangan Batang Ai dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Sementara itu, beliau berkata, sesi berkenaan turut membuka ruang perbincangan konstruktif antara agensi bagi menangani isu perancangan dan pelaksanaan pada peringkat awal, sekali gus memperkukuh kerjasama strategik antara pihak berkepentingan.

SADA dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada SEB atas kesudian menerima delegasi serta berkongsi maklumat berkaitan perancangan pembangunan, dan berharap kerjasama itu menjadi pemangkin kepada pembangunan holistik kawasan Empangan Batang Ai dan Bahagian Sri Aman secara keseluruhannya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh; Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Charlie Keling; Pegawai Tadbir Khas SADA, Alfred Geling anak Ason; wakil kepada ADUN Balai Ringin, Lawrence serta agensi pelaksana dan teknikal projek SADA.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat