
LAWAS – Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hasan berkata masa depan kejayaan golongan muda bergantung dengan ilmu pendidikan.
Menteri Sumber Asli & Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak itu juga menjelaskan budaya persaingan sihat dan positif perlu disemai dalam diri golongan muda demi mencapai kejayaan
“Alam persekolahan mendedahkan pelajar dengan ilmu pendidikan dan ilmu perhubungan awam malah menyeru agar golongan belia agar lebih aktif untuk menyertai kelab dan sukan.” ujar beliau
Selain itu, kata beliau lagi, sikap saling menghormati harus disemat dalam diri pelajar malah ajaran agama diutamakan agar keperibadian dan akhlak tidak rosak.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Pra-universiti SMK Merapok Kali Ke-7 pada Sabtu.
Sementara itu, tegas beliau lagi, negara memerlukan pendidikan dan kemahiran yang tinggi untuk melahirkan pekerja mahir kerana Sarawak fokus bagi pembangunan yang menerapkan ekonomi digital dan ekonomi hijau.
“Kerajaan Sarawak berusaha mewujudkan proses pembelajaran yang baik demi masa depan.
“Oleh itu, kampus CENTEXS akan beroperasi di Lawas membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal,” jelas beliau.