Pendedahan awal kepada pemakanan sihat penting mulai sekolah rendah – Mustapha

KOTA KINABALU – Pendedahan awal mengenai pemakanan sihat perlu dimulakan sejak peringkat sekolah rendah bagi membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts Mustapha Sakmud.

Katanya, usaha tersebut penting bagi melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap pemakanan dan kesejahteraan kesihatan, sejajar dengan perubahan minda daripada budaya ‘jagaan sakit’ kepada ‘pencegahan penyakit’.

“Seperti yang kita nampak juga, kita jemput pelajar-pelajar sekolah rendah.

“Ini adalah penting kerana pendedahan awal tentang nutrisi makanan perlu bermula di peringkat awal,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Nutrition Month Malaysia (NMM) 2025 anjuran Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Khamis.

Program tahunan itu turut menekankan peranan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dalam mencegah penyakit serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Menurut Mustapha, penglibatan pelajar universiti secara langsung dalam program sebegini bukan sahaja memperkukuh ilmu, malah memberi ruang kepada mereka untuk menyumbang kepada komuniti.

“Saya ucapkan tahniah kepada FSMP UMS yang telah menjayakan program ini.

“Kita harap akan ada kesedaran dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat supaya menjaga pemakanan dan kesihatan melalui gaya hidup yang sihat,” katanya.

Tambah beliau, statistik menunjukkan Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi bagi kadar obesiti dalam kalangan negara Asia Tenggara.

“Penggunaan gula juga antara yang tertinggi di rantau ini. Jadi, kita perlu kurangkan pengambilan gula dan makanan tidak sihat bagi menurunkan kadar obesiti dalam kalangan rakyat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, aspek pemakanan, kesejahteraan mental dan gaya hidup sihat turut memberi kesan langsung terhadap prestasi pembelajaran seseorang pelajar.

“Kesihatan dan pendidikan sangat berkait rapat. Kalau nutrisi tidak cukup, kadang-kadang pelajar sukar untuk fokus. Terlebih pun masalah juga.

“Jadi kita mahu supaya mahasiswa dapat mengamalkan gaya hidup sihat ini,” katanya.

Beliau turut memuji keterlibatan aktif pelajar UMS dalam penganjuran NMM 2025 yang dilihat sebagai manifestasi kesungguhan mereka mempromosikan budaya sihat dalam komuniti kampus.

“Saya dimaklumkan semuanya digerakkan oleh mahasiswa sendiri. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sekadar tahu, tetapi memahami dan memaknakan pentingnya nutrisi.

“Apabila mereka keluar nanti sebagai graduan, ilmu dan pengalaman ini boleh terus diaplikasikan dalam kehidupan serta kerjaya mereka,” katanya.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang