Ewon puas hati kabin rehabilitasi, tibi Poliklinik Penampang siap ikut jadual

PENAMPANG – Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berpuas hati dengan pembinaan bangunan kabin rehabilitasi dan tibi Poliklinik Penampang (Klinik Kesihatan Penampang) yang menggunakan peruntukan khas Ahli Parlimen sebanyak RM200,000 yang disiap mengikut jadual.

Ewon berkata, peruntukan tersebut juga mencakupi pembinaan anjung menunggu di bangunan klinik ibu dan anak di poliklinik ini.

“Ini antara projek kecil yang dilaksanakan melalui peruntukan khas kawasan Parlimen Penampang.

”Bagi pihak warga poliklinik dan penduduk Penampang yang datang mendapatkan perkhidmatan di sini, saya ucapkan terima kasih kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri di atas peruntukan yang telah disalurkan.

“Bagaimanapun, masih banyak keperluan di sini yang dilaporkan kepada saya oleh doktor dan matron di sini terutama kelengkapan ujian dan rawatan.

”Saya akan berbincang dengan rakan sejawat saya Menteri Kesihatan mengenai keperluan-keperluan mustahak di sini,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau juga yakin dengan pertambahan besar peruntukan kepada Kementerian Kesihatan dalam Belanjawan 2025 membolehkan poliklinik seperti ini dapat dinaik taraf atau ditambah kelengkapan peralatan rawatan yang sangat diperlukan.

Menurut Ewon, dalam lawatan beliau ke poliklinik Penampang pada hujung tahun lalu, beliau dimaklumkan mengenai keperluan bangunan kabin untuk digunakan bagi pusat rehabilitasi dan tibi berikutan kesesakan di bangunan sekarang.

Susulan itu, beliau telah mengambil tindakan untuk mendapatkan peruntukan bagi pembinaan tersebut yang kini sudah siap.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16