Pemuda UMNO Pahang nasihat Ka Siong cari isu lain

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menasihatkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong supaya berhenti mengelirukan orang ramai dalam isu kegagalan seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ketua Penerangannya, Mustaqim Zakaria berkata, sikap ahli parlimen Ayer Hitam itu menggambarkan seolah-olah beliau tidak faham prosedur pengambilan pelajar IPTA untuk kursus tertentu.

“Ka Siong dilihat seperti cuba memancing simpati sedangkan penjelasan mengenai proses penilaian dan pengambilan pelajar sudah dilakukan pihak berkaitan.

“Dengan hanya menggunakan contoh satu kes pelajar yang gagal mendapat tempat, beliau seperti tidak faham dan tidak memahami gambaran sebenar di lapangan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Ka Siong mengadakan sidang media bersama pelajar cemerlang STPM, Edward Wong yang kecewa kerana tidak mendapat tempat di Universiti Malaya (UM), walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan bahawa keputusan permohonan dibuat Wong itu diproses sistem Unit Pusat Universiti (UPU) dan ia bukanlah satu sistem baru, malah digunakan sejak sekian lama.

“Sistem UPU ini bukanlah sistem yang baru, Datuk Seri Wee Ka Siong sedia maklum dia pernah menjadi timbalan menteri pendidikan, bagaimana sistem UPU sudah pun digunakan sekian lama,” kata Zambry menerusi satu kenyataan, sehari selepas isu itu dibangkitkan Wee.

Mustaqim berpandangan sebagai ahli politik senior dan berpengalaman, Ka Siong seharusnya meminta maaf dan tidak terus memainkan isu yang jelas tidak kena dengan perkara sebenar.

“Masalahnya sekarang beliau seperti masih mahu ‘menegakkan benang yang basah’ di sebalik semua penjelasan diberikan pihak berkaitan.

“Mungkin Ka Siong boleh mencari isu lain dan meminta maaf saja dengan pihak KPT dan UM.

“Janganlah gunakan isu ini sebagai bahan politik untuk membina persepsi tertentu terhadap proses kemasukan pelajar ke IPTA,” jelasnya.

Related Posts

Pertembungan BN, GRS, Warisan dan PH cerminan amalan demokrasi – Salzo Asa
  • FandiFandi
  • September 11, 2025

SANDAKAN – Pertembungan politik antara Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan dengan Pakatan Harapan (PH) yang berpadu bersama BN dan GRS merupakan amalan demokrasi yang perlu diraikan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ridhuan Tee nasihat Muhyiddin ‘berehat’ jadi calon PM

TIMBALAN Presiden Muafakat Nasional (MN), Datuk Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar ‘berehat’ daripada terus ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri. Menurutnya, faktor kesihatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues: Peguam ibu Zara akan bawa pakar psikologi buat profil mental arwah

Inkues: Peguam ibu Zara akan bawa pakar psikologi buat profil mental arwah

Pegawai daerah, penolong diseru perkukuh peranan penghubung kerajaan dan rakyat

  • By Ithma
  • September 11, 2025
Pegawai daerah, penolong diseru perkukuh peranan penghubung kerajaan dan rakyat

Kekecohan di Kg Sungai Baru tidak patut berlaku, kata Zahid

Kekecohan di Kg Sungai Baru tidak patut berlaku, kata Zahid

Lelaki tempatan meninggal mengejut di hadapan pasar raya

Lelaki tempatan meninggal mengejut di hadapan pasar raya

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam bilik sewa

Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam bilik sewa